Sunday 1 September 2013

Journal Program Cabaran 1 Malaysia (Info Tambahan)

Link untuk melihat Journal Program Cabaran 1 Malaysia

Maklumat Hidroponik

Maklumat tentang Hidroponik

Penerangan Hidroponik
Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

Kelebihan Hidroponik
·         Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
·         Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
·         Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
·         Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
·         Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
·         Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
·         Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.


Kelemahan Hidroponik
·         Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
·         Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
·         Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.

Peralatan Penanaman Hidroponik

Alatan Hidroponik

Set Kazzponik
HARGA: RM40 – RM45


Takung Hidroponik

HARGA: RM10 – RM15

  • Ukuran :-55cm(panjang) X 41cm (lebar) x 13cm(tinggi)
·     Untuk diisi air sebanyak 20 liter.
·     Diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner.
·     Tidak menyerap cahaya dan kalis cahaya.
·     Permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada kotoran.


Penutup polisterin

HARGA: RM5 – RM10

·     Ukuran :- 55cm (panjang) x 41cm (lebar)
·     Mempunyai 8 lubang.
·     Berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi menggalakan kemasukan udara
·     Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan memastikan proses fotosintesis.



Bakul media

HARGA: RM0.40 – RM1.00 (Sebakul)

·     5 cm (lebar) x 5cm (tinggi)
·     Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya.
·     Lubang – lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada rebah.



Benang media

HARGA: RM1.00 (Sebungkus)

·     Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem penanaman sayur cara hidroponik.
·     Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di dalam bakul


Baja Hidroponik (Gambar Contoh)

HARGA: RM15 – RM20

·     Mengandungi konsep ‘ chelating agent’ terutamanya ‘humates’ yang membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
·     `Chelating agent’ dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien oleh akar sayur.Humates juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe terhadap tanaman.
·     Jika baja tidak mempunyai ‘chelating agent’, Fe akan menjadi pepejal ( prepicitate) pada dasar takung takung.



Cawan penyukat

HARGA:RM0.60 – RM0.80

·     7cm (lebar) x 8cm (tinggi)
·     Berukuran sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement).
·     Bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air.
·     Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang terbaik.


Biji benih

HARGA: RM1.50 (sepaket)

·     Terdapat 2 jenis biji benih akan diberi untuk satu Set Kazzponic. Jenis-jenis benih yang disediakan oleh Kazzponic adalah:


Ø  Sawi
Ø  Kangkung
Ø  Kailan
Ø  Bayam
Ø  Salad


(Jika anda tidak mengetahui jenis-jenis benih di atas, sila rujuk di Internet.)


Pengenalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya adalah Danial Akmal selaku Ketua Kumpulan dalam Projek Azuki Beans ini. 

Pendahuluan

Kacang Merah Jepun juga dikenali sebagai adzuki atau aduki, adalah anggur tahunan, Vigna angularis, secara meluas ditanam di seluruh Asia Tenggara dan Himalaya untuk kecil (kira-kira 5 mm) kacang. Kultivar yang paling biasa di Timur Laut Asia mempunyai warna merah seragam. Walau bagaimanapun, putih, hitam, kelabu dan pelbagai jenis burik juga dikenali. Ahli-ahli sains menganggap Vigna angularis var. nipponensis adalah leluhur itu.



(Gambar contoh Azuki Bean)


Tujuan Projek:

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan pelajar dalam bidang penyelidikan sains angkasa bersempena dengan program antarabangsa Space Seeds for Asian Future 2013 (SSAF2013) di bawah kerangka kerjasama Asian Beneficial Collaboration through Kibo Utilization (KIBO-ABC). Program Pendidikan MASS2013 ini juga merupakan salah satu usaha dan inisiatif kerajaan dalam usaha memupuk minat murid-murid terhadap bidang sains dan teknologi serta membudayakan inovasi dan kreativiti.

Ahli-ahli kumpulan kami


  1. Danial Akmal Bin Kamal Aris (Ketua Kumpulan)
  2. Reena Roziana Binti Rizwan (Director)
  3. Siti Zul Shafiqah Binti Jamal (Ahli biasa)
  4. Faris Solihin Bin Shamsul (Ahli biasa)
  5. Liyana Maisarah Binti Abdul Rahim (Ahli biasa)